Assalamualaikum teman-teman !
Ternyata manfaat dari kemenyan putih bukan hanya untuk dibakar ketika
melakukan ritual-ritual tertentu, atau untuk wewangian tetapi kemenyan
ini juga sarat dengan manfaat yang lain. mau tau ?
Kemenyan sebenarnya berasal daripada getah sejenis pokok yang
banyak terdapat di Oman, Afrika, India serta Malaysia. Nama botaninya
adalah Styrax benzoin Dryand.
Getah daripada pohon tersebut diambil dan dikeringkan. Resin yang kering
berupa kepingan-kepingan putih, bersifat keras namun rapuh, serta
berbau harum apabila dibakar.
Dalam sudut lain, kemenyan yang sinonim dengan kematian sebenarnya
mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk membantu mendapatkan kesihatan
yang baik dan telah diamalkan oleh ilmuwan Islam dahulu tetapi tidak
pernah diterokai kembali berikutan dengan kepesatan perkembangan ubatan
moden yang jauh lebih 'berkesan'.
Antara Khasiat Kemenyan Putih adalah :
Kapur Barus
- Mengubati penyakit lupa
- Menguatkan penglihatan
- Menguatkan kisaran perut
- Menghapuskan kahak
- Mengeluarkan angin badan
- Melawaskan pembuangan air kecil
- Membersihkan hati daripada sifat dengki
- Meringankan lidah dan mudah berkomunikasi
Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud:
"Wahai kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkan kepada anak-anakmu
kemenyan putih dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia
menambahkan hafalan dan kecerdasan." [Riwayat al-Dailami]
Ibn Abbas, seorang penghafaz dan ahli al-Quran berkata:
"Memakan satu misqal bersamaan 4.2 gram gula bersama-sama satu misqal
kemenyan putih selama tujuh hari berturut-turut dapat membetulkan
pembuangan air kecil dan mengubati kelupaan."
Cara Memakan Kemenyan Putih :
- Rendam kemenyan putih di dalam air pada waktu malam.
- Keesokannya sebelum makan pagi campurkan kemenyan putih dengan gula pasir nisbah 1:2.
- Makan sebanyak 1 camca besar pada waktu awal pagi sebelum sarapan.
- Untuk menambah mujarab dibacakan ayat ke 27 dan 28 Surah Luqman pada
1/2 misqal (2 gram) kemenyan putih tersebut dan dicampurkan dengan madu
lebah serta dimakan setiap hari.
(Petua daripada Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustaffa Kutan dalam kitab Laqzan al-U'jlan)
Boleh beli kemenyannya? Mohon hun no sy ya 081225663448
BalasHapus